DisemberTiada Pemotongan Bekalan Elektrik Bagi Pengguna Domestik Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

December 21, 2020

TIADA PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK BAGI PENGGUNA DOMESTIK DI SEMENANJUNG DAN SABAH DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2021

21 Disember 2020

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Bantuan
Prihatin Elektrik (BPE) untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat terutamanya pengguna domestik berikutan penularanpandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal wabak ini.

Bagi mengurangkan beban peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula, pakej Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan telah diberikan kepada semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia iaitu diskaun secara one-off sehingga RM77 sebulan atau RM231 untuk tempoh tiga (3)
bulan pelaksanaan PKP, iaitu bagi penggunaan elektrik dalam bulan April, Mei dan Jun 2020.

Setakat 31 Oktober 2020, manfaat diskaun bil elektrik di bawah pakej PRIHATIN dan BPE telah dinikmati oleh 7.66 juta pengguna
kategori domestik di Semenanjung Malaysia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.9 bilion.

Mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam suasana ekonomi yang mencabar berikutan impak berpanjangan pandemik COVID-19, Kerajaan, dengan kerjasama
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), telah bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik
dilaksanakan ke atas premis pengguna domestik yang mempunyai tunggakan kurang daripada 6 bulan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021. Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam (6) bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021. Walau bagaimanapun,
pengguna lain boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, sejumlah 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah dianggarkan layak menikmati faedah ini.

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH,
Menteri Tenaga & Sumber Asli

21 Disember 2020

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links