BeritaSurat Kebenaran Beroperasi KeTSA Diguna Sehingga 28 Jun

June 14, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/06/FW1039199_PH07_22032020_POLIS_TENTERA_COVID19_PAHANG_3-lpr.jpg

KUALA LUMPUR: Semua Surat Kebenaran Beroperasi yang dikeluarkan bagi sektor yang dibenarkan beroperasi di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, masih diterima pakai sehingga 28 Jun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata turut diterima pakai Surat Kebenaran beroperasi dikeluarkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

“KeTSA komited dalam membantu usaha kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Shamsul Anuar meminta kerjasama semua pihak supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03–88861665 / 019–6696842 atau e-mel ke alamat aduanketsa@ketsa.gov.my.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827551/surat-kebenaran-beroperasi-ketsa-diguna-sehingga-28-jun

Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/144089/BERITA/Nasional/Surat-kebenaran-beroperasi-KeTSA-sah-sehingga-28-Jun
Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/surat-kebenaran-operasi-ketsa-diterima-pakai-sehingga-28-jun/
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2021/06/14/surat-kebenaran-beroperai-ketsa-masih-diterima-pakai/
Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/717690/surat-kebenaran-beroperasi-agensi-bawah-ketsa-sah-hingga-28-jun
PN BBC Portal: http://www.pnbbcportal.com/2021/06/14/surat-kebenaran-operasi-ketsa-diterima-pakai-sehingga-28-jun/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links