JulaiSaya Ke Kedai Tenaga

July 2, 2020

Pagi ini saya singgah di Kedai Tenaga, TNB Kepong. Kunjungan saya tanpa memaklumkan kepada mana mana pengurusan TNB.

Saya mahu mendengar dan melihat sendiri bagaimana pengguna berurusan dan menyelesaikan masalah mereka disini.

Paling utama, masalah rakyat mesti dibantu. Itu keutamaan saya dan kerajaan.

Oleh itu apa isu yang saya perolehi saya akan bincangkan dengan Pengurusan TNB.

Dalam pada itu, saya menyeru pengguna agar berurusan di Kedai Tenaga bagi menyelesai masalah yang dihadapi. Dan pada masa yang sama saya minta TNB terus tingkatkan kempen agar pengguna memanfaatkan Kedai Tenaga atau kemudahan lain.

Kemudian, TNB mesti teruskan usaha untuk permudahkan lagi urusan pengguna. Dan pelbagaikan ruang atau cara untuk pengguna yakni rakyat berurusan.

Saya percaya TNB sedang lakukannya.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

#tnb #KeTSA #Lenggong #malaysia #gerik #rakyatkeutamaansaya

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links