BeritaSasar Tanam 100 Juta Pokok Selama Lima Tahun

December 22, 2020
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/07/DSC_0770-1280x859.jpg

PUTRAJAYA – Kerajaan mensasarkan untuk menanam 100 juta batang pokok dalam tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025.

Untuk permulaan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mensasarkan 20 juta pokok ditanam di seluruh negara sepanjang tahun 2021 bermula 5 Januari depan.

Pokok Merbau akan ditanam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tarikh tersebut di kediaman rasmi di Seri Perdana sebagai simbolik kempen tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri turut secara serentak akan menanam pokok di negeri masing-masing sebagai simbolik permulaan kempen penanaman 100 juta pokok yang bertemakan “Penghijauan Malaysia:Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau Greening Malaysia:Our Trees, Our Life”.

Kata beliau, kerajaan mensasarkan 20 juta pokok ditanam pada tahun 2021.

“Pemantauan pelaksanaan kempen Penanaman 100 juta Pokok ini akan dilakukan dengan menggunakan satu aplikasi mudah alih khas iaitu” penghijauan Malaysia” dan satu laman web khas juga telah pun dibangunkan iaitu www.100jutapokok.gov.my yang mudah diakses oleh semua agensi kementerian, jabatan dan orang awam.

“Aplikasi dan laman web ini akan berperanan sebagai ‘kaunter’ yang akan memantau dan merekodkan jumlah pokok yang ditanam oleh semua pihak sepanjang tempoh ini berlangsung dan ia akan ditinjau oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),” katanya dalam majlis pra pelancaran program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 dan logo rasmi program itu di kementeriannya pagi ini.

Tambah beliau, selain dapat mengikuti perkembangan semasa pencapaian kempen menanam pokok seluruh negara dan peringkat komuniti, para pengguna juga boleh memuat naik gambar-gambar pokok yang ditanam, mendapat maklumat nurseri dan teknik penanaman serta penjagaan pokok supaya terus segar.

Malah katanya, pengguna atau orang awam boleh mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan pokok dari pangkalan data Malaysian Biodiversity Information Sistem (MyBIS) dan aplikasi berkenaan boleh dimuat turun mulai 5 Januari ini selepas kempen bermula secara rasmi.

Kata Shamsul Anuar, ia merupakan satu usaha berterusan kerajaan bagi memperluaskan kesedaran rakyat terhadap kepentingan memelihara kawasan berhutan di negara disamping mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok hijau dan hutan.

Sehingga kini, kata Ahli Parlimen Lenggong itu lagi, Malaysia mencatatkan liputan hutan sebanyak 55.3 peratus dan kempen ini diharapkan terus memastikan litupan hutan terus dilindingi dan dipertahankan dan menangani perubahan iklim.

“Hutan adalah agen utama penyerapan karbon dan ia wajar dipelihara secara holistik dan berterusan tanpa diancam selain memelihara flora dan fauna diuruskan secara mampan tanpa pupus.

“Di majlis perasmian 5 Januari ini, logo rasmi program penghijauan kempen penanaman 100 juta pokok akan diperkenalkan kepada semua yang menggabungkan elemen tiga pokok Merbau iaitu pokok kebangsaan yang melambangkan integriti hutan negara dan simbolik perpaduan tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Elemen dua tangan logo itu merupakan simbolik perpaduan menjaga dan memelihara hutan demi kelestarian alam dan kesejahteraan masyarakat manakala warga biru dan hijau mewakili warna identiti alam semesta iaitu elemen air an pokok serta hutan,” ujar beliau.

Beliau juga menegaskan orang ramai supaya menanam pokok berkayu dan bukan pokok yang menyalahi di sisi undang-undang. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2020/12/22/sasar-tanam-100-juta-pokok-selama-lima-tahun/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links