BeritaRebat Elektrik 2 Sen Diteruskan

June 28, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/06/tnb-diagnostik.jpg

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2 sen bagi setiap kilowatt jam (kWJ) bermula 1 Julai hingga hujung tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pada sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, ia susulan persetujuan kerajaan untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang membabitkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Katanya, pengumuman rebat itu mengambil kira cabaran dan kesukaran yang dihadapi rakyat berikutan pelaksanaan fasa pertama kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di negara ini.

“Kerajaan bersetuju membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj membabitkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

“Pemberian rebat tambahan ini membolehkan semua pemilik akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus bagi tempoh tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna selepas melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang atau Imbalance Cost Pass Through (ICPT)

Katanya, ia selaras dengan pelaksanaan mekanisme penetapan tarif elektrik di Semenanjung yang dilaksanakan sejak 2014 dan pelarasan kos-kos penjagaan elektrik yang perlu dilaksanakan setiap enam bulan melalui ICPT

“Bagi tempoh 1 Julai hingga 1 Disember 2021, kos ICPT yang perlu diselaraskan adalah berjumlah RM638.98 juta. Ini bermakna bahawa kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 sen/kWj berbanding kadar rebat bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu 2 sen/kWj.

“Peningkatan kos ICPT berlaku berikutan peningkatan kos pembekalan gas dan arang batu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021,” katanya.

Selain itu, buat kali pertama, Shamsul Anuar berkata, kerajaan juga bersetuju memberi rebat elektrik sebanyak 2 sen/kWj kepada pengguna bukan domestik di kawasan Kulim High Technology Park (KHTP) bermula awal bulan depan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, ketika ini pengguna KHTP mendapat bekalan elektrik dari NUR Power Sdn Bhd.

“Ini adalah kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif Insentif-Based Regulations (Kawal Selia Berdasarkan Insentif) dilaksanakan pada 2017.

“Pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal TNB pada separuh tahun pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2020,” katanya.

Kepada golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, Shamsul Anuar berkata mereka layak memperoleh rebat bil elektrik sebanyak RM40.

Beliau berkata, masih ada keluarga yang masih belum mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti bagi melayakkan mereka menerima manfaat rebat berkenaan.

“Sehingga Mei 2021, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak ialah 282,182. Bagaimanapun hanya 113,745 iaitu 40.31 peratus daripada KIR yang layak telah mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka.

“Oleh itu, saya meminta mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti bagi membolehkan mereka menikmati rebat bil elektrik berkenaan,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/832951/bhplus

Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/tarif-elektif-kekal/
Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/146775/BERITA/Nasional/Rebat-kekal-diskaun-bil-elektrik-bersasar-akan-diumumkan
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/06/28/kerajaan-kekalkan-kadar-rebat-elektrik-kepada-pengguna-elektrik-untuk-rakyat-shamsul-anuar/
Astro Awani: https://www.astroawani.com/video-malaysia/menteri-akui-tiada-kenaikan-tarif-elektrik-bagi-tahun-ini-1911078
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/580743
Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2021/06/28/tarif-elektrik-kekal-hingga-hujung-tahun/
Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/723593/semua-pemilik-akaun-tnb-bakal-nikmati-purata-diskaun-5-peratus

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links