AprilRamah Mesra & Berbuka Puasa Bersama Rakan Media Negeri Perak

April 30, 2021

Peranan seorang wartawan penting dan kerana itu tidak dapat dinafikan media lah yang menjadi medium utama menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang apa saja yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan negeri.

Realitinya media memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan negara, dan sudah menjadi kewajipan buat para wartawan bersama memainkan menyumbang bagi mencapai matlamat negara dengan melaporkan fakta-fakta sahih dan tepat tanpa prejudis, kepada masyarakat.

Ini kerana penulisan wartawan mempunyai pengaruh yang amat besar, dan melalui penulisan inilah terletaknya masa depan negara. Wartawan berperanan memajukan atau memundurkan negara kerana itu besar peranan yang dipikul oleh para wartawan.

Sehubungan itu, saya sangat berterima kasih kepada pengamal media yang selama ni membantu menyebarluas maklumat kepada rakyat dengan jelas, tepat dan sahih, berpandukan Etika Kewartawanan Malaysia. Kerana itu saya pasti kerajaan amat menghargai usaha wartawan dalam memberikan informasi kepada rakyat, dan menjadi pendidik kepada mereka.

Sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Ahli Parlimen Lenggong, saya amat berterima kasih kerana media sentiasa memberi liputan positif dalam setiap program yang dijalankan.

Saya juga berharap semua rakan media akan terus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam menangani COVID-19, pemberian vaksin. Ini penting supaya Covid 19 segera dapat dibendung dan kita kembali normal.

Saya juga berharap agar kita bersama-sama mengajak masyarakat memelihara serta memulihara sumber hutan semula jadi yang terdapat di negara ini. Hutan merupakan sumber yang amat penting dan berharga dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan kesejahteraan negara.

Dalam masa yang sama, saya meminta kita bersama terus menyokong dan memberi publisiti yang meluas terhadap Kempen Penanam 100 juta Pokok dan tidak dilupa bantu mewar-warkan ‘Kempen Selamatkan Harimau Malaya’ dan menggalakkan penglibatan semua pihak dalam menyokong usaha Kerajaan untuk menyelamatkan Harimau Malaya.

#rumahtiang16 #teamDSAN #parlimenlenggong #SayangiLenggong

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links