BeritaPermohonan Tabung Amanah NCTF Dibuka

January 25, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/136150999_3787926394562593_1847298169901004007_n.jpg

KUALA LUMPUR: Permohonan pembiayaan di bawah Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) bagi tahun ini dibuka kepada semua agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian awam.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam satu kenyataan berkata, pemohon boleh memohon pembiayaan dana sehingga jumlah maksimum iaitu RM1,000,000 dengan tempoh projek antara enam bulan hingga dua tahun.

Katanya, pemohon boleh mengemukakan permohonan permintaan cadangan (RFP), dokumen projek dan borang permohonan boleh diperoleh di portal NCTF http://www.ketsa.gov.my/msmy/biodiversiti serta hendaklah dikemukakan kepada sekretariat NCTF sebelum 30 Jun ini.

“Terdapat tujuh fokus bidang dalam permohonan terbabit antaranya penggunaan teknologi dan pendigitalan pengurusan hutan; pemuliharaan spesies liar flora dan fauna selain harimau, termasuk kajian non-detrimental findings (NDF) serta kajian jumlah nilai ekonomi (total economic value – TEV) dan pembayaran untuk perkhidmatan ekosistem (payment for ecosystem services – PES).

“Disamping itu, bidang lain yang terlibat adalah pemuliharaan dan pengurusan ekosistem serta tapak ekologi penting termasuk serta pemuliharaan biodiversiti marin dan perikanan darat,” katanya.

Kementerian setakat ini telah meluluskan 41 kajian di mana 17 kajian telah selesai dilaksanakan.

Shamsul Anuar berkata, kementerian turut mengalu-alukan sumbangan pihak pertubuhan bukan kerajaan khususnya sektor swasta kepada tabung ini.

“Pihak yang ingin menyumbang kepada tabung amanah NCTF boleh berbuat demikian dengan menyalurkan peruntukan kepada akaun bernombor 160140010004397, Alliance Islamic Bank Berhad (Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links