BeritaPERHILITAN Pantau Operasi Zoo, ZPT

October 9, 20200
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/EajIj3ZU8AA1vM8.jpg

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diarah memantau operasi zoo dan pusat Pameran Tetap Hidupan Liar (ZPT) bagi memastikan ia beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP).

PERHILITAN juga dibenarkan mengambil tindakan sekiranya mendapati operasi zoo dan ZPT melanggar peraturan serta SOP pencegahan COVID-19.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pemantauan itu bagi memastikan pengunjung mengamalkan kawalan kendiri dan mengamalkan normal baharu bagi mengawal dan mengelak jangkitan COVID-19.

“Saya harap operasi zoo dan ZPT mematuhi peraturan dan SOP yang sedang berkuatkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan mengambil tindakan jika SOP tidak dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook rasminya, hari ini.

Pada April lalu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan pendapatan 14 zoo dan 20 ZPT di seluruh negara terjejas kerana operasinya bergantung penuh kepada jualan tiket pelawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links