BeritaPerak Tanam 1.2 Juta Pokok Bakau

March 19, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/159472225_3982271055128125_977886173000494284_o.jpg

IPOH: Sehingga sekarang sebanyak 1.2 juta pokok bakau ditanam di Perak dengan kerjasama pelbagai agensi negeri dan syarikat swasta.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sebanyak RM482,000 disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Perhutanan Perak bagi melaksanakan program tersebut.

“Hutan paya bakau menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Lumut. Hutan ini perlu dipelihara sebagai penjagaan ekosistem alam sekitar.

“Dalam masa yang sama ia juga sebagai sumber eko pelancongan negeri Perak,” katanya pada majlis perasmian Taman Paya Bakau Bandar dan penanaman 100 pokok bakau di Manjung semalam.

Perasmian program itu disempurnakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato’ Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Turut hadir bekas menteri besar Dato’ Seri Dr Zambri Abdul Kadir, Pengarah Perhutanan Perak Dato’ Mohamed Zin Yusop dan Yang Dipertua Majlis Daerah Manjung Syamsul Hazeman Md Salleh.

Program pemeliharaan dan pemuliharaan Taman Paya Bakau Bandar bertujuan menjenamakan semula Taman Paya Bakau Bandar. Sebelum ini dikenali sebagai Taman Paya Bakau Lumut.

Mohd Akmal juga berkata, Taman Paya Bakau Bandar di Manjung terkenal dengan panggilan Taman Monyet kerana banyak monyet berkeliaran di sekitar hutan paya bakau tersebut.

“Taman ini perlu dijaga dan dipelihara kerana ia merupakan hutan paya bakau yang sangat dekat dengan Bandar Lumut.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas segala inisiatif Majlis Daerah Manjung atas usaha melestarikan alam di Daerah Manjung,” ujarnya.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/19/perak-tanam-1-2-juta-pokok-bakau/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links