JulaiPenubuhan Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan Secara Mampan

July 10, 2020

Penubuhan Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan Secara Mampan Di Kementerian Tenaga & Sumber Asli.

KeTSA akan menubuhkan satu unit baharu iaitu Unit Pembangunan Strategik Ekopelancongan khusus bagi tujuan menggalakkan pemuliharaan biodiversiti dan menjana pendapatan ekonomi kepada rakyat dan negara.

Inisiatif bagi menggiatkan aktiviti ekopelancongan juga merupakan salah satu inisiatif tawaran baharu KeTSA bagi tempoh 2020 hingga 2023 dibawah komitmen menguruskan sumber asli secara mampan.

Penubuhan unit baru ini nanti akan dapat memastikan sasaran inisiatif yang ditetapkan bagi menggiatkan aktiviti ekopelancongan iaitu penglibatan masyarakat tempatan dan pribumi dalam ekopelancongan ditingkatkan sebanyak 50% pada tahun 2025 berbanding tahun 2020.

Taman Negara, Taman Negeri, Hutan Lipur dan Taman Geopark disenaraikan sebagai destinasi ekopelancongan utama negara. Dan banyak lagi sebenarnya pembangunan yang berbentuk ekopelancongan dilakukan oleh KeTSA. KeTSA akan terus melaksanakan tanggungjawab ini demi kepentingan rakyat dan negara.

Hari ini, saya melakukan lawatan ke UNESCO Global Geopark Discovery Centre pagi di Langkawi Kedah. Saya diberikan taklimat dan lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan bagi membolehkan kita membangunkan beberapa tapak geopark baru.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links