BeritaPelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung Diluluskan

October 20, 2020
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/119124745_3449210521767517_1353670141951006061_n.jpg

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) hari ini meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi 2020-2039.

Ia juga membincangkan hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasaran TBB bagi 2025 dan 2035.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan mesyuarat akan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum sebarang pengumuman terperinci mengenainya dibuat.

“Mesyuarat ini penting dan membabitkan pegawai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan pegawai dari Jabatan Single Buyer.

“Ia turut disertai secara virtual oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Petronas,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/632932/pelan-pembangunan-penjanaan-elektrik-semenanjung-diluluskan

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links