Galeri 2020SeptemberMerasmikan Projek RELeaf Oleh Syarikat Nestlé
Saya pada pagi tadi 21.9.2020 Jam 1000am di Taman Rimba Alam, Putrajaya bagi merasmikan Projek RELeaf oleh Syarikat Nestlé (Malaysia).
Projek RELeaf merupakan inisiatif Syarikat Nestlé (Malaysia) untuk memulihara kawasan hutan terosot melalui penanaman tiga juta pokok di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun bermula 2021.
Projek RELeaf ini akan melengkapi Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang akan dilaksanakan Kerajaan bermula tahun 2021 hingga 2025.
Malaysia komited untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi hutan, selaras dengan komitmen yang dibuat dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992.
Pada masa ini, litupan kawasan berhutan di Malaysia adalah sebanyak 55.3% atau seluas 18.27 juta hektar.
#lenggong #ketsa