OgosMendapat & Mendengar Taklimat Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) & Meninjau Pelaksanaan Projek PMU Tanjung Lipat

August 22, 2020

KERAJAAN PERSEKUTUAN BELANJAKAN RM26.4 BILION UNTUK BEKALAN ELEKTRIK SABAH SEJAK 2001 DAN TERUS KOMITED UNTUK MENYERAHKAN KUASA PEMBEKALAN ELEKTRIK KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH

Hari ini ( 22.8.2020) saya mengadakan lawatan dan mendapat dan mendengar taklimat Sabah Elektrik Sdb Bhd ( SESB), dan meninjau pelaksanaan projek PMU Tanjung Lipat, Likas Kota Kinabalu.Bersama saya ialah CEO SESB dan Pegawai Kanan TNB.

Dan saya ingin memaklumkan :

1. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sejumlah RM 26.4 bilion bagi tempoh 2001 hingga 2018 dalam bentuk geran, pinjaman dan subsidi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah. Usaha dan inisiatif Kerajaan ini telah menunjukkan pencapaian positif di mana kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah yang diukur melalui Indeks Purata Tempoh Gangguan (System Average Interruption Duration Indeks – SAIDI) telah mengalami penurunan yang ketara iaitu daripada 4,109 minit/pengguna/tahun yang direkodkan pada tahun 2005 kepada 205 minit/pengguna/tahun pada tahun 2019.

2. Walaupun kadar SAIDI ini telah menunjukkan penurunan yang agak ketara, Kerajaan sedar bahawa ia masih lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar SAIDI di Semenanjung Malaysia. Dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk meneruskan usaha bagi menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap kepada pengguna-pengguna di Sabah.

3. Bagi tujuan ini, Kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu meningkatkan kualiti bekalan dan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah dengan memastikan penjanaan elektrik yang mencukupi, mengukuhkan sistem penghantaran dan pembahagian serta memastikan kemampanan operasi Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) selaku syarikat utiliti di Sabah.

4. Antara usaha yang telah diambil termasuklah menyediakan geran berjumlah RM2.3 bilion dan pinjaman berjumlah RM1.14 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk melaksanakan projek-projek penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik yang dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan SESB. Pelaksanaan projek-projek ini akan diteruskan sebagai projek sambungan di bawah RMK-12.

5. Bagi memastikan kemampanan operasi SESB pula, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan subsidi yang besar berjumlah RM3.7 bilion bagi tempoh 2012 sehingga 2019, merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar dan subsidi sokongan tarif. Subsidi ini disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menampung kos pembekalan elektrik di Sabah yang jauh lebih tinggi daripada kadar tarif yang dikenakan kepada pengguna.

6. Selain itu, Kerajaan Persekutuan terus komited untuk menyerahkan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan bersedia meneruskan rundingan & perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk merealisasikan hasrat rakyat Negeri Sabah ini.

7. Dan bagi membolehkan perkara ini dilaksanakan dengan baik, Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli telah membentuk Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan, meneliti, serta membuat pelbagai keputusan penting berkaitan perkara ini. Paling utama kepentingan rakyat diutamakan.

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH,
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli
22 OGOS 2020

#lenggong #KETSA #gerik #mn #umnobn #pn #parlimen #sesb #tnb

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links