JulaiMemantau Pelaksanaan Projek Pemerkasa ” Taman Eko Rimba Ulu Kenas, Daerah Kuala Kangsar Perak

July 2, 2021

Kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal ( HSK ) yang digunakan bagi tujuan menjalankan aktiviti rekreasi ( umpama: beristirahat, bersukan, memelihara flora & fauna ) didefinasikan sebagai HUTAN LIPUR.

Di Perak Jabatan Perhutanan Negeri Perak ( JPNPK ) telah membangunkan sejumlah 14 Hutan Lipur di seluruh Negeri Perak sejak tahun 1979. Tahun 2016 Hutan Lipur dijenamakan semula dan dikenali sebagai Taman Eko-Rimba ( TER ). TER menjadi pusat aktiviti rekreasi terbaik kepada mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi.

Hari ini saya ke Taman Eko Rimba Ulu Kenas, Daerah Kuala Kangsar Perak meninjau pelaksanaan Projek Menaiktaraf Taman Eko Rimba Ulu Kenas Kuala Kangsar di bawah peruntukan Program Strategik PEMERKASA RAKYAT DAN EKONOMI ( PEMERKASA ) yang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli dimana Jabatan Perhutanan Perak menjadi jabatan perlaksanaan.

Bersama saya ialah Dato’ Pengarah Perhutanan Perak, YB ADUN Manong, Pegawai Kanan KeTSA dan Jabatan Hutan Negeri Perak.

Lawatan terkawal dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MKN.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga & Sumber Asli

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links