FebruariMasalah Pembinaan Jambatan Di Kg Belum Baru Selesai

February 20, 2021

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM), NADMA, & PELBAGAI JABATAN LAIN BANTU BINA JAMBATAN BALLEY SEMENTARA JAMBATAN BARU KG BELUM LENGGONG SIAP DIBINA SEPENUHNYA.

Pagi ini saya turun ke Kg Belum Baru Lenggong bagi menyelesaikan pembinaan jambatan sementara yang perlu segera dibina sebelum Jambatan Baru Kg Belum Baru Lenggong siapa dibina dalam tempoh tahun lagi.

Pertama tentu saya ucapkan terima kasih Menteri Pertahanan, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang menghubungi saya menyatakan kesediaan ATM membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Maka hari saya bersama YDH YB Dato’ Hj Tarimizi Hj Idris ADUN Kenering ,YBhg Brig Jen Mohd Azmurin Mt Khalib, Panglima 2 Bgd Ipoh, NADMA Putrajaya, Puan Norhasmaliana Ismail
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan),Tuan Ir Andy Surin
(Jurutera Daerah JKR Hulu Perak),Tuan Abdul Aziz (Jurutera daerah JPS KUALA KANGSAR/HULU PERAK) Pengulu Mukim Kenering DAN Kepimpinan UMNO Cawangan Kg Belum Baru Lenggong melawat dan mengadakan perbincangan mengenainya.

Alhamdulillah selesai.
Terima kasih kepada semua.

Jambatan Baru Kg Belum Lenggong telah diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum PRU14 lalu.

#lenggong #gerik #parlimenlenggong #SayangiLenggong #teamDSAN #KeTSA

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links