MacLenggong Geopark Kebangsaan Julai 2021 & Lenggong Global Geopark 2023

March 13, 2021

Hari ini 13.3.2021 Jam 1100am – Telah diadakan MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN GALERI GEOPARK LENGGONG, PERAK oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Majlis Pecah Tanah Pembinaan Galeri Geopark Lenggong pada 13 Mac 2021 di Tapak Galeri Geopark Lenggong, Lenggong, Perak dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Program ini dihadiri oleh pelbagai organisasi pelaksana, pihak berkepentingan seperti Agensi
Kerajaan, wakil masyarakat dan komuniti khususnya di Daerah Lenggong, Perak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan Geopark Lenggong.

Majlis pecah tanah ini diadakan sebagai platform promosi Galeri Geopark Lenggong di mana bangunan sedia ada diubah suai dan dinaik taraf untuk menjadi Galeri. Ianya akan dipenuhi dengan maklumat mengenai kepelbagaian geologi, arkeologi, sejarah dan budaya tempatan yang dapat diterokai di Lembah Lenggong.

Galeri ini juga akan menjadi pusat maklumat yang dapat menarik lebih banyak pelancong dari luar ke Daerah Lenggong. Ini seterusnya akan memberi peluang kepada masyarakat Lenggong untuk meneroka peluang ekonomi.

Pembangunan Galeri Geopark Lenggong adalah merupakan projek kerjasama antara KeTSA dan Yayasan Albukhary. Kos pembangunan Galeri Geopark Lenggong ini ditanggung oleh Yayasan Albukhary yang menyediakan sejumlah RM2 Juta peruntukan bagi pembinaanya. KeTSA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Albukhary.

Pemilihan Lembah Lenggong sebagai kawasan yang dicadangkan sebagai Geopark
Kebangsaan adalah inisiatif Kerajaan Pusat melalui KeTSA dalam meningkatkan industri pelancongan negara serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi masyarakat, khususnya di Daerah Lenggong.

Ini sejajar dengan lebih daripada 50 geotapak berpotensi tinggi yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai daya tarikan pelancong di Geopark Kebangsaan ini, termasuklah tapak geoarkeologi sedia ada yang telah diisytiharkan sebagai dalam kawasan Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO semenjak tahun 2012 lagi.

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Galeri Geopark Lenggong ini turut dihadiri oleh YB Datuk
Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli; YB Datuk Nolee
Ashilin binti Mohammed Radzi, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak serta YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bersama-sama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Majlis ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat secara
langsung termasuk UPEN Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Pejabat Daerah
dan Tanah Daerah Lenggong, Majlis Daerah Lenggong dan Yayasan AlBukhary.

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut
melahirkan pengharapan agar kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
dalam menjayakan konsep geopark di Lenggong ini memandangkan pembangunan
seumpama ini mampu menjadikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan utama
negara. Kerajaan menerusi KeTSA memperuntukkan RM4 Juta dalam RM12 bagi pembangunan Lenggong Geopark Kebangsan.

Beliau turut berharap agar masyarakat tempatan di kawasan Lenggong ini dapat mengambil
peluang pewujudan Geopark Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan untuk terlibat secara
langsung dalam kegiatan ekonomi bagi merancakkan lagi pembangunan di Lenggong di
samping untuk kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi kepada
generasi akan datang.

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

#geopark #lenggong #parlimenlenggong #teamDSAN #pelancongan #rumahtiang16 #persatuankomunitipelancongan76lenggong #akisgallery #KeTSA

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links