BeritaKesetiaan Saya Tetap Pada UMNO & BN -Shamsul Anuar

April 1, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/165217381_4008085139213383_4665932098762183068_o.jpg

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa kesetiaan beliau tetap pada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Shamsul dalam satu tulisan di Facebooknya pada Khamis berkata, beliau tidak rela hilang UMNO dan BN.

“Saya tidak rela hilang UMNO, BN yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini,” katanya.

Dalam tulisannya di Facebook juga, Ahli Parlimen Lenggong itu turut memaparkan tangkap layar berita pada Isnin yang bertajuk ‘Kejutan! Menteri UMNO dijangka bakal isytihar sertai Bersatu?’.

Pada Rabu, seramai 14 menteri daripada UMNO dilaporkan mencapai persepakatan untuk terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan bersama menteri UMNO pada Isnin lalu.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/131471/BERITA/Politik/Kesetiaan-saya-tetap-pada-UMNO-dan-BN-Shamsul-Anuar-1.131471

PN BBC Portal: http://www.pnbbcportal.com/2021/04/01/dakwaan-saya-sertai-bersatu-tidak-benar-shamsul-anuar/
Perak Insights: https://perakinsights.com/2021/04/01/panas-shamsul-anuar-menteri-umno-pertama-isytihar-setia-pada-parti/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links