BeritaKerajaan Bangunkan Industri Mineral Bernilai RM4.11 Trilion

November 16, 2020
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/DSC0249-1280x850.jpg

PETALING JAYA – Kerajaan akan melancarkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 dalam tempoh terdekat bagi membangunkan sumber mineral negara yang dianggarkan bernilai RM4.11 trilion.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sumber mineral yang masih belum diteroka itu akan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.

“Pada masa ini terdapat tiga kategori mineral utama dalam negara yang dilombong secara komersial iaitu mineral logam, mineral bukan logam dan mineral tenaga.

“Kerajaan akan menggalakkan lebih banyak aktiviti eksplorasi sumber mineral ke atas elemen nadi bumi bukan radioaktif yang akan menjadi sumber kekayaan baharu negara.

“Kami yakin kajian yang lebih teliti akan dapat mengesan nilai (mineral negara) yang lebih besar daripada ini (RM4.11 trilion),” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada kerajaan berhasrat membangunkan industri mineral sebagai industri utama bagi menangani kekurangan hasil negara.

Shamsul berkata, sebagai contoh kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mendapati Malaysia memilik sumber REE (Unsur Nadir Bumi) yang mencecah USD182 bilion atau RM747.2 bilion.

Menurut beliau, kajian JMG juga mendapati Malaysia memiliki kira-kira 181.5 juta tan matrik sumber bauksit bernilai RM20.3 bilion yang berpotensi untuk dibangunkan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan membangunkan produk nilai tambah termasuk penggunaan teknologi baharu bagi mengurangkan impak industri itu terhadap alam sekitar dan memantapkan pengurusan sumber mineral melalui pengukuhan undang-undang. – K! ONLINE

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2020/11/16/kerajaan-bangunkan-industri-mineral-bernilai-rm4-11-trilion/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links