Kenyataan MediaKenyataan Media: Tasik Raban Lenggong, Lenggong Geopark

June 25, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/06/200182099_4275682069120354_8808275819682409134_n.jpg

Tasik Raban Lenggong, Lenggong Geopark

‘ Tasik Raban ‘ yang dahulunya dikenali sebagai ‘Tasik Chederoh’ terhasil dari pembinaan Empangan Chenderoh. Tasik Raban dikelilingi hutan yang kaya dengan flora dan fauna dengan pemandangan yang indah dan lebih istemewa apabila masyarakat di kampung sekitar tasik ini sangat bekerjasama , bersatupadu dan harmoni. Inilah diantara kelebihan dan keistimewaan yang ada di Lenggong iaitu keindahan alam semulajadinya, punyai Sungai Perak yang panjang dan tasiknya yang indah iaitu Tasik Raban.

Kelebihan itulah yang menyebabkan Tasik Raban menjadi satu daripada cadangan geotapak di Lenggong Geopark oleh Jawatankuasa Saintifik Dan Pemuliharaan Geopark Lenggong.

Malah berasaskan beberapa kajian yang dilakukan oleh jawatankuasa ini, saya dimaklumkan. Tasik Raban terletak di bahagian utara Empangan Chenderoh iaitu empangan hidroelektrik yang dibina pada awal tahun 1928. Tasik ini terbentuk di kawasan lembah di antara perbukitan kubah granit Chepar di bahagian timur dan banjaran granit Bintang di bahagian barat, kini telah hampir matang dan mempunyai ciri ekosistem seperti satu tasik tabii. Bahagian ini juga merupakan tasik kuno terbentuk akibat runtuhan cerun Gunung Hong yang menyediakan sekitaran sesuai untuk penempatan manusia awal di rantau ini. Tasik ini mempunyai banyak alur sempit di antara permatang perbukitan dan di kawasan yang agak luas adalah pulau-pulau kecil yang berasal daripada puncak bukit.

Di bahagian hulu tasik ialah ekosistem pesisir yang baharu, kaya dengan tumbuhan mengkuang, rumput air dan teratai. Tasik ini membentuk ekosistem akuatik yang unik dengan nilai estetik dan kepelbagaian biologi tinggi bertaraf kebangsaan. Tasik ini diserikan oleh beberapa perkampungan tradisional dengan komunitinya hidup bergantung kepada sumber tasik. Kemudahan pelancongan dan rekreasi yang baik terdapat di Dataran Tasik Raban.

Tasik Raban Lenggong merupakan tasik yang menarik dan indah dengan flora dan fauna serta boleh dikunjungi semasa percutian. Pelbagai kegiatan rekreasi seperti berbasikal, berkayak, memancing, menaiki bot, aktiviti sukan air dan beberapa aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di Tasik Raban dan sekitarnya. Beberapa pengambaran filem seperti filem “Anna and The King” pernah dibuat pengambaran di sini.

Bagi Daerah Kecil Lenggong kawasan Tasik Raban menjadi satu daripada lokasi utama bagi pelbagai acara utama di Lenggong antara acara utama disini ialah Pesta Sukan Air Parlimen Lenggong, Karnival Joran Parlimen Lenggong, dan sebagainya.

Bagi yang sukakan alam semulajadi, mereka pasti teruja melihat tumbuh-tumbuhan flora dan hidupan yang terdapat di sini. Semuanya amat asli dan mempunyai sangat unit. Tasik yang kaya dengan sumber ikan air tawar asli seperti kaloi, loma, tenggalan, baung dan lampan dan sebagainya. Semua ini mendatangkan rezeki kepada penduduk kampung disini dan pemancing dari dalam dan luar negara yang memancing disini.

Insyallah Tasik Raban bakal berubah jika apa yang sedang dirancang menjadi kenyataan. Baru baru ini Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kerajaan Negeri Perak mengadakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Perak, dimana Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) bersama menanam 21 spesis pokok yang jenama nama tempat di Perak di sekitar Tasik Raban antaranya; Pokok Kangsar, Pokok Merbau, Pokok Asam, Pokok dan sebagainya.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli,
Ahli Parlimen Lenggong.

#parlimenlenggong #teamDSAN #akisgallery #rumahtiang16 #persatuankomunitipelancongan76lenggong #geopark #lenggong #ketsa

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links