Kenyataan MediaKenyataan Media: Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Lenggong

August 28, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/08/240523987_4469416659746893_4846937613306998949_n.jpg

Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Lenggong

Pertama sekali saya ingin rakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan semua Kepimpinan UMNO Bahagian, MCA dan MIC Lenggong. Kepimpinan PDM dan UMNO Cawangan UMNO bahagian Lenggong disemua peringkat dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Lenggong pada kali ini yang dilaksanakan secara maya. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah persiapan pilihanraya kita di Lenggong.

Realitinya ini bukan suatu yang baru bagi kita di Lenggong. Sejak dulu UMNO BN Lenggong sentiasa membuat persiapan yang awal bagi menghadapi PRU. Malah sebenarnya kali ini agak lewat kerana lazimnya kita akan menggerakkan Jentera Pilihanraya sekurangnya 3 tahun sebelum PRU.

Semua ini penting dan iannya membolehkan kita memberikan pelbagai fokus terutama sekali dalam usaha kita secara berterusan membantu dan membela rakyat.

YAB Dato’, YB Dato’, tuan tuan, puan puan, saudara saudari sekalian

Secara peribadi saya sudah terlibat secara langsung, mengurus bilik gerakan pilihanraya di Lenggong dan sebelum itu di Chenderoh sejak 1995 lagi iaitu PRU Ke 9 sehinggalah insyallah PRU15. Saya bersama pimpinan melalui pelbagai keadaan dan cabaran. Kita pernah berhadapan dengan situasi dimana adanya Semangat 46, berhadapan dengan isu Pemecatan Anwar Ibrahim, hinggalah berhadapan dengan PH, PPBM dan sebagainya.

Namun, Alhamdulillah Barisan Nasional Lenggong tetap menjadi pilihan majoriti rakyat di Lenggong.

Kerana itu, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat di Lenggong, baik kaum Melayu, China, India, Orang Asli yang sentiasa setia dengan kami di Lenggong. Dan kerana itu, sebagai parti yang dipilih rakyat kami terus membela rakyat, membawa pembangunan di Lenggong sebagai balasan dan terima kasihnya kami dan UMNO BN Lenggong kepada rakyat di Lenggong yang sangat kami cintai.

Justeru itu Insyallah. Dalam keadaan apapun rakyat saya di lenggong adalah keutamaan saya. Kebajikan Rakyat melalui PROGRAM SAYANGI LENGGONG akan terus dilakukan tanpa henti dan tidak bermusim. Malah melalui pelbagai lagi program lain.

Pembangunan Insfrastruktur rakyat akan terus dilaksanakan; Jalan kampung, Kemudahan Internet, pendidikan, aktiviti sosial, sukan dan rekreasi, Masjid, Surau dan rumah ibadah, dan sebagainya akan tetap menjadikan keutamaan. Kegiatan, aktiviti, pembangunan dan kegiatan ekonomi pelbagai peringkat akan terus dilakukan. Insyallah beberapa projek berskala besar termasuk pelaburan sektor swasta di Lenggong akan diteruskan. Semua ini akan diumumkan sedikit masa lagi termasuk Pembangunan di R&R Tasek Raban, dan Ladang Teh Lenggong dan lain-lain.

Justeru itu kita akan terus majukan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Insyallah Lenggong Geopark kebangsaan akan diistiharkan tidak lama lagi. Semua perancangan kita menjadikan Lenggong Geopark Kebangsaan 2021 akan dilaksanakan. Kita mahu jadikan Lenggong daripada Kg Kuak Lenggong hingga ke Ganda Temenggor Gerik sebagai kawasan menarik untuk dikunjungi dengan pelbagai kegiatan.

Walaupun demikian, cabaran kita semakin besar. Kita akan berhadapan dengan situasi dan iklim politik yang sangat dinamik. Semua ini memerlukan persiapan dan strategi baru oleh kita. Kita mesti buat perubahan sesuai dengan perubahan baru landskap politik negara ini.

YAB Dato’, YB Dato’, tuan tuan, puan puan,
saudara saudari sekalian,

Dari segi organisasi Jentera Pilihanraya. Saya ingin laporkan bahawa BN Lenggong telah siap siaga.

Penubuhan semua unit di peringkat parlimen, DUN Kenering, DUN Kota Tampan. dan 11 Pusat Operasi, 34 PDM dan 67 Bilik Gerakan. Cawangan UMNO 11 MCA dan 6 Bilik gerakan MIC telah dilakukan. Manakala kita juga akan lakukan bersama NGO dan pelbagai pihak lain.

Dan kita akan mantapkan serta mengadakan pelbagai kursus dan bengkel berkaitan dengannya. Kajian sikap pemilih sentiasa dibuat dan diusahakan.

Kita tahu bahawa untuk menang dalam setiap pilihanraya. Kekuatan jentera sangat penting. Namun aktiviti dengan rakyat tetap menjadi keutamaan. Oleh itu, kita melalui semua peringkat : bahagian Pemuda, Wanita, Puteri, MIC MCA, NGO akan terus lakukan kegiatan sebagaimana yang kita lakukan selama ini.

Insyallah. Disegenap kampung, semua jabatan kerajaan, agensi, pertubuhan NGO dan lain-lain akan kita teruskan malah lipatkan gandakan kegiatan kita.

Kita akan terus berkerja, tidak mahu dilihat parti yang bekerja hanya diwaktu pilihanraya sahaja.

Dalam keadaan apapun, perpaduan sesama kita penting. Kita mesti dekati pengundi kita tanpa mengira sesiapa. Rakyat di Lenggong mesti kita jaga. Jika kita mahu sokongan mereka kita mesti menjaga kebajikan dan kehendak mereka walaupun pastinya tidak 100% mampu kita tunaikan.

Mari terus kita laksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Pastikan kita terus bersama mereka. Membela dan menjaga kebajikan mereka. Kerana selagi kita bersama rakyat, percayalah rakyat akan bersama kita.

Terima kasih.

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links