BeritaKementerian cadang tubuh LPMM, Majlis Mineral Negara

August 10, 2020
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/11/Shamsul_Anuar_Nasarah_28052020.jpg

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Malaysia (LPMM) untuk memacu pembangunan semua jenis mineral negara secara menyeluruh.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata selain itu kerajaan juga sedang meneliti mewujudkan semula Majlis Mineral Negara yang sebelum ini fungsinya digabungkan di bawah Majlis Tanah Negara.

Katanya, penubuhan entiti baharu itu adalah sebagai daripada inti pati pelan transformasi industri mineral negara merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran berasakan kepada empat teras iaitu tadbir urus dan perundangan, penstrukturan dan pembangunan industri, pemetaan rizab mineral serta teknologi dan inovasi.

“Pewujudan semua Majlis Mineral Negara adalah penting kerana isu berkaitan mineral perlu dibincangkan secara lebih terperinci di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Antara komponen utama dalam transformasi industri mineral adalah pengwujudan satu garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal selia industri ini supaya dijalankan secara mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perjumpaan bersama media sambil memberi penerangan mengenai Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030 dan Pengurusan Sumber Asli Yang Mampan di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Zurinah Pawanteh.

Shamsul Anuar berkata, ketika ini, SOP Perlombongan Bauksit berjaya dibangunkan dan diguna pakai di Pahang berkuat kuasa 5 September tahun lalu.

Katanya, SOP Nadir Bumi Bukan Radioaktif dan Garis Panduan Perlombongan Mampan kini di peringkat penyediaan dan dijangka siap Oktober ini.

“Bagi memperkukuhkan lagi kerangka perundangan berkaitan industri bahan galian berkenaan, kajian semula beberapa akta akan dijalankan antaranya Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974, Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Konsultasi dengan negeri juga akan dilakukan bagi meneliti semula Enakmen Mineral Negeri-negeri. Antara perkara yang dikenal pasti untuk diselaraskan adalah seperti mekanisme tadbir urus yang seragam, struktur dan kadar royalti di setiap negeri serta kawalan terhadap eksport mineral mentah,” katanya.

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links