SeptemberIsu Pembekalan Elektrik Di Pulau-Pulau Di Sabah

September 19, 2020

1. Pembekalan elektrik di pulau-pulau kecil adalah melalui penjanaan daripada diesel yang melibatkan kos bahan api yang tinggi dan isu pengangkutan diesel dari mainland ke pulau yang terdedah kepada keadaan laut dan monsun.

2. Sebagai penyelesaian kepada isu pembekalan elektrik bagi pulau-pulau di Sabah, Kerajaan Persekutuan yakni KeTSA melalui Suruhanjaya Tenaga ( ST ) sedang meneliti cadangan penjanaan yang lebih kos efektif, bersih dan kurang pembebasan gas rumah hijau di samping penggunaan teknologi yang lebih efisyen bagi kawalan sistem dan penyaluran tenaga yang konsisten.

3. Salah satu opsyen adalah penjanaan tenaga dari sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti solar dan angin bagi menggantikan penjanaan dari diesel dengan disokong oleh teknologi seperti bateri, micro grid dan energy management system (EMS).

4. Selain memberi manfaat pembekalan elektrik kepada penduduk di pulau, opsyen penyelesaian ini diharapkan dapat menjadi satu rangsangan kepada pertumbuhan aktiviti ekonomi lain di pulau yang terlibat.

5. Sehubungan dengan itu, kita bercadang melaksanakan pilot projek untuk melihat keberkesanan kepada penyelesaian itu ini. Berasaskannya, KeTSA akan mengemukakan suatu polisi dan dasar baru bagi penyelesaian isu bekalan elektrilk di kawasan pulau pulau di Sabah.

Hari ini saya mengadakan ke Pulau Sepanggar, di Sabah bagi meninjau sendiri isu bekalan elektrik di kawasan pulau pulau di Sabah.

Untuk rekod terdapat 394 pulau di Sabah dan 34 buaj pulau daripadanya yang berkomuniti dan masih tiada bekalan elektrik sehingga kini.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga & Sumber Asli

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links