BeritaIPBES8: Malaysia Saran Negara Ahli Ambil Iktibar Pandemik Covid-19

July 5, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/07/Shamsul_Anuar_Nasarah_28052020-seo.jpg

KUALA LUMPUR – Malaysia menyarankan supaya negara ahli dalam mesyuarat Platform Dasar Sains Antara Kerajaan mengenai Biodiversiti dan Perkhidmaan Ekosistem Sesi Ke-8 (IPBES8) supaya mengambil iktibar pandemik Covid-19 yang melanda dunia dengan menilai hubungan antara biodiversiti, air, makanan, tenaga dan kesihatan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Malaysia juga menekankan kepentingan perancangan untuk membina kapasiti serta memperkukuhkan asas pengetahuan dalam kalangan saintis dan pembuat dasar.

“IPBES bertujuan untuk menyokong pemuliharaan dan penggunaan berkekalan biodiversiti daripada aspek saintifik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

KeTSA mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dijalankan secara maya pada 14 hingga 24 Jun lepas dengan penyertaan 20 pegawai dari kementerian dan agensi terlibat.

Beliau berkata, mesyuarat IPBES8 merupakan mesyuarat tahunan bagi IPBES, iaitu sebuah badan antara kerajaan yang berperanan mengkaji isu biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem serta memperkukuhkan interfasa antara sains dan dasar mengenai biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem.

Shamsul Anuar berkata, mesyuarat IPBES8 juga bersetuju dengan rancangan kerja interim untuk tempoh sesi 2021-2022 bagi membina kapasiti negara-negara ahli yang Malaysia melalui KeTSA akan terus terlibat secara aktif dalam mesyuarat dan program yang dianjurkan oleh IPBES pada masa hadapan.

Delegasi Malaysia yang terlibat adalah dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak (MUDeNR), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Serta Jabatan Biokeselamatan (JBK), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Sarawak Biodiversity Centre (SBC), Sabah Biodiversity Centre (SaBC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). – Bernama

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/148286/BERITA/Nasional/IPBES8-Malaysia-saran-negara-ahli-ambil-iktibar-pandemik-Covid-19

Bernama: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1979324

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links