BeritaInisiatif Sempadan Hijau & Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini: Langkah Mengiktiraf Khazanah Warisan Hutan Negara

July 9, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/04/171408833_4054530857902144_102342203657291177_n.jpg

PETALING JAYA: Inisiatif Sempadan Hijau dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini oleh Kerajaan Negeri Pahang bukan sahaja bagi mengiktiraf hutan sebagai khazanah warisan negara malah untuk meningkatkan kawasan hutan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelaksanaan kedua-dua inisiatif itu adalah satu bukti komitmen tinggi kerajaan negeri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri berkenaan.

“Secara tidak langsung, ia dapat memperbetul persepsi negatif terhadap pengurusan kepelbagaian biologi di peringkat negeri.

“Inisiatif Sempadan Hijau ini menyokong komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok seperti dipersetujui dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janerio dan Persidangan Parti Ke-15 Kerangka Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini berkata, kerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera bagi merealisasikan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri Pahang dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini termasuk ke arah mewartakan sebahagian besar kawasan sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, pihaknya menyambut inisiatif itu dan ia adalah selari dengan Dasar Perhutanan Malaysia untuk mengiktiraf hutan sebagai khazanah warisan negara serta memenuhi ketetapan oleh Majlis Tanah Negara supaya Kerajaan Negeri meningkatkan kawasan berhutan.

Katanya, laporan di pelbagai media termasuk media sosial banyak memberikan gambaran yang tidak tepat berhubung pengurusan hutan dan kepelbagaian biologi di Malaysia, ia membimbangkan jika tidak ditangani sebaik mungkin.

“Kawasan-kawasan yang akan diwartakan sebagai HSK di bawah inisiatif ini akan dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan seperti yang diperuntukkan Akta Perhutanan Negara 1984 dengan ia akan disenaraikan sebagai Kawasan Larangan Memburu,” katanya,

Beliau berkata, kebanyakan HSK sedia ada di Negeri Pahang telahpun disenaraikan sebagai Kawasan Larangan Memburu dan bukan sahaja memberi perlindungan kepada Harimau Malaya tetapi mampu memberi perlindungan habitat kepada semua spesies hidupan liar dan menjamin keseimbangan ekosistem. – UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/alam/2021/07/inisiatif-sempadan-hijau-dan-kawasan-rizab-biosfera-tasik-chini-langkah-mengiktiraf-khazanah-warisan-hutan-negara/

Bernama: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1980804
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/07/09/inisiatif-sempadan-hijau-kerajaan-pahang-langkah-pertingkatkan-kawasan-berhutan/
Journal Malaysia: https://www.journalmalaysia.com/2021/07/09/ketsa-sokong-inisiatif-sempadan-hijau-kerajaan-negeri-pahang/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links