BeritaIndustri Mineral Beri Pulangan Tinggi Kepada Negara – PM

April 22, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/04/174614143_4087040531317843_8689948042809447247_n.jpg

PUTRAJAYA: Kerajaan yakin pembangunan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) mampu mencapai tahap industri mineral masa depan yang diurus secara bersih dan cekap dengan mengaplikasikan teknologi-teknologi terkini mesra alam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertumbuhan industri itu di peringkat pertengahan dan hiliran juga membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai tenaga mahir tempatan dan membawa pulangan lebih tinggi kepada negara.

Kata beliau, ia sekali gus dapat meningkatkan daya saing industri mineral agar setanding dengan industri di negara-negara perlombongan yang maju antaranya Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, China, Australia dan Kanada.

“Sasaran ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri, akademia, pertubuhan dan masyarakat umum.

“Saya yakin penyediaan pelan yang lebih terperinci berpandukan kepada kerangka ini kelak mampu memacu usaha mengembalikan kegemilangan industri mineral negara dan membawa manfaat tidak terhingga kepada rakyat Malaysia, ” katanya ketika berucap melancarkan Pelan TIM 2021-2030, di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerangka pelan berkenaan adalah agenda baharu negara yang akan menjadi rujukan utama semua pihak berkepentingan bagi memastikan industri ini dapat dibangunkan secara holistik.

Kata beliau, menyedari nilai strategik industri itu kepada pertumbuhan dan daya saing ekonomi negara, maka semua pihak perlu membangunkannya secara bertanggungjawab dan mampan.

Justeru, katanya, kerajaan sangat komited dalam memastikan pelan itu berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan khususnya bagi mengangkat kembali industri ini menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara.

“Pada 2030, kerajaan menyasarkan sumbangan industri mineral kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM29 bilion.

“Dalam hal ini, kerjasama semua pihak yang berkepentingan amatlah diharapkan untuk membangunkan industri ini secara lestari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/industri-mineral-beri-pulangan-tinggi-kepada-negara-pm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=industri-mineral-beri-pulangan-tinggi-kepada-negara-pm

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links