DisemberGeopark Jerai Kedah

December 27, 2020

Hari ini saya mengadakan lawatan rasmi sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Geopark Jerai, Kedah.

Turut bersama saya ialah YB Tuan Sabri B Azit, Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Suraya Yaacob juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga,Pengairan dan Saliran Negeri Kedah serta Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Juga saya disambut Pengarah JMG Kedah dan Setiausaha Majlis Daerah Yan Kedah, ketua ketua jabatan persekutuan serta negeri.

Tapak geowarisan merupakan sumber asli yang perlu diurus dengan baik agar boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas sumber asli negara, tindakan untuk memulihara geowarisan telah diambil dengan menggunakan konsep UNESCO Geopark demi memastikan keseimbangan antara aktiviti pemuliharaan, pendidikan serta pembangunan yang lestari.

Kementerian ini percaya pembangunan geopark akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap warisan budaya serta memulihara tapak geowarisan kita untuk generasi akan datang.

Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan melalui KeTSA dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berjaya menjadikan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark di Malaysia. Malah, di peringkat kebangsaan, beberapa lokasi geopelancongan di Malaysia telah pun diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan seperti di Jerai, Kedah dan Lembah Kinta, Perak.

Lokasi-lokasi lain yang bakal diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan dalam waktu terdekat ini adalah Mersing di Johor, Kinabalu di Sabah, Labuan dan Delta Sarawak di Sarawak dan Lenggong di Perak yang kita jangka akan mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan pada 2021 dan Global Geopark pada tahun 2025.

Diharapkan usaha murni Kerjaaan Persekutuan melalui KeTSA dan sokongan serta kerjasama Kerajan-kerajaan Negeri ini tercapai dengan satu matlamat yang sama iaitu pengekalan nilai warisan dan sumber geologi, biodiversiti, arkeologi, sejarah dan budaya.

Dengan adanya pengiktirafan Geopark Kebangsaan ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negeri yang mampan dan secara tidak langsung meningkatkan sosio ekonomi komuniti tempatan.

Sempena lawatan ini. Saya telah meluluskan peruntukan RM500,000 bagi menaiktaraf Geleri Geopark Jerai dan RM500,000 untuk naiktaraf Muzium Perhutanan Kedah di Gunung Jerai. Semua ini bertujuan meningkatkan lagi kualiti pembangunan Geopark Jerai, Kedah.

Paling utama saya berharap pembangunan Geopark Jerai atau mana mana Geopark lain membawa manfaat kepada komuniti tempatan. Oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran daerah boleh berperanan bersama jabatan atau agensi lain serta sektor swasta dalam usaha membangunkan sosial ekonomi penduduk atau komuniti tempatan.

KeTSA mahu pembangunan yang dilaksanakan ini memberikan kesan besar kepada rakyat terutama pembangunan ekonomi penduduk.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.
27.12.2020

#gerik #parlimenlenggong #bnw_greatshots

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links