MacGaleri Kraf PDK Lenggong Akan Dipindah & Dibuka Di Laman Budaya Majlis Pelancongan Lenggong

March 14, 2021

(Ia juga akan menjadi produk pelancongan LENGGONG GEOPARK KEBANGSAN)

Hari ini saya mengadakan lawatan ke PDK Lenggong. Saya melihat hasil kraftangan yang dihasilkan oleh Pendidik, Jawatankuasa dan anak anak istimewa Lenggong disini. Saya teruja kerana ianya berkualiti dan boleh maju jika terus diberikan bantuan dan sokongan. Hasil kraftangan mereka juga diambil oleh Kraftangan Malaysia dan dipasarkan.

Hari ini, saya setuju meluluskan RM15,000 untuk mereka membeli peralatan dan membiayai pengurusan PDL Lenggong.

Dalam waktu yang sama, saya bersetuju untuk memberikan sebuah kios perniagaan di Laman Budaya Majlis Pelancongan Lenggong untuk dijadikan Pusat Pameran & Jualan Kraf.

Majlis Pelancongan Lenggong dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong akan membantu menyediakan dan melengkapkannya. Semoga mereka terus maju jaya.

Dulu isteri saya ada Pengerusi PDK Lenggong, jadi saya bersama isteri melawat PDK Lenggong. Bersama saya ialah Penghulu Adzhar(Penghulu Mukim daerah Lenggong),Hjh Khadijah bt Kassim (Pengerusi PDK lenggong)

En Adnan Kamaridi(Naib Pengerusi PDK lenggong) Asmaeyah bt Sihabuddin ( Penyelia PDK lenggong) dan guru2 PDK lenggong.

#lenggong #gerik #parlimenlenggong #SayangiLenggong #teamDSAN #KeTSA
#gerik #lenggong #KeTSA #geopark #pelancongan #rumahtiang16 #akisgallery #teamDSAN #SayangiLenggong

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links