BeritaDiskaun Bayaran Sewa Tanah, Bangunan Persekutuan Dilanjutkan

June 8, 2021
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/shamsul-anuar-1.jpg

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan inisiatif pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa kepada penyewa tanah Persekutuan dan bangunan Persekutuan untuk tempoh enam bulan lagi mulai 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan pelanjutan diskaun tersebut sehingga hujung Jun ini.

“Inisiatif kepada golongan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban disebabkan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh di samping memberi ruang untuk penyusunan semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka di atas tanah atau ruang bangunan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Bagi kelangsungan Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) pula, Shamsul Anuar berkata, kerajaan meluluskan penyaluran dana segera berjumlah RM179,426 sebagai peruntukan awal Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada 10 premis ZPT yang terjejas teruk.

“Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kali ini adalah berdasarkan permohonan bagi keperluan segera oleh 10 premis ZPT berkenaan,” katanya.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM3.9 juta, manakala Tenaga Nasional Bhd menyalurkan RM500,000 secara berperingkat kepada 25 ZPT. – Bernama

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/142954/BERITA?page=0

Bernama: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1969665
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/06/08/diskaun-sewa-peruntukan-kerajaan-untuk-tanah-persekutuan-bangunan-sehingga-31-dis-shamsul-anuar/

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links