BeritaDana RM1.3 Juta Disalur Kepada Zoo Negara Jun Lalu

November 18, 2020
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/03/88445862_2957224440966130_4897223441494573056_n.jpg

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada Jun lalu.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan hari ini menjelaskan, dana yang disalurkan itu bertujuan membantu menampung kos menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar bagi menghadapi kesan pandemik COVID-19.

KeTSA juga, katanya, sudah melaksanakan beberapa tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan hidupan liar di semua Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) terus terpelihara.

“Antaranya ialah menyediakan peruntukan sebanyak RM10.2 juta di bawah program Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada premis ZPT yang terjejas bertujuan meringankan bebanan kos operasi premis berkenaan.

“Sebanyak 21 ZPT sudah mengemukakan permohonan dan dana sudah disalurkan secara berperingkat bermula Mei lalu. Selain itu, memanjangkan secara spesifik diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).

“Mengedar 15 tan barang sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada premis ZPT dan menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT khususnya dalam pengurusan husbandri (husbandry),” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian susulan tular dalam media massa dan media sosial yang mengundang persoalan daripada masyarakat berhubung peranan kerajaan bagi mengatasi masalah kegiatan ekonomi pengendali ZPT yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – BERNAMA

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/755373/dana-rm13-juta-disalur-kepada-zoo-negara-jun-lalu?fbclid=IwAR2FDOPOFQaK__8nTVlbwVbvRSuuG1FTiiAa6NaS3nc-EPyyUN5_DY3HwXI

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links