FebruariBantuan Kewangan RM190,000 Bagi Menangani Isu Covid-19
BANTUAN KEWANGAN RM190,000 DISEDIAKAN BAGI MEMBANTU PEJABAT DAERAH HULU PERAK, PEJABAT PENDIDIKAN HULU PERAK, PEJABAT KESIHATAN HULU PERAK & BEBERAPA PIHAK LAIN BAGI MENANGANI ISU COVID-19.
Saya bersama EXCO Kerajaan Negeri Perak, ADUN Kenering diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah Hulu Perak, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Perak, PPD Hulu Perak, Ketua Polis Daerah Gerik, MKN Hulu Perak dan pelbagai agensi berkaitan Isu Covid-19.
Sebagai Ahli Parlimen Lenggong ( Kebetulan SMK SIS II Gerik adalah tempat saya belajar ) saya bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Semoga ibubapa dan pelajar terlibat bersabar dan marilah kita berdoa agar masalah yang dihadapi segera selesai. Amin.
#gerik #teamDSAN #SayangiLenggong #pelancongan #Telekom #UMNO