BeritaAkta 795 Lindung Sumber Biologi Negara Daripada ‘Biopiracy’

December 19, 2020
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/12/toksam10.jpg

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Penguatkuasaan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 (Akta 795) dapat memastikan negara memperoleh faedah apabila sumber biologi yang dijumpai di negara ini dikaji dan dibangunkan kepada produk yang mempunyai nilai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penguatkuasaan itu secara langsung dapat membenteras ‘biopiracy’ iaitu sumber biologi negara diambil dan dibangunkan tanpa izin sehingga negara tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya.

“Malaysia yang merupakan antara 12 buah negara di dunia yang paling kaya dengan khazanah biodiversiti (mega-biodiversity) dan penguatkusaan akta ini penting kerana kekayaan ini berpotensi besar untuk pembangunan dan penciptaan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal.

“Ia termasuk ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, katanya penguatkuasaan akta itu juga boleh mendatangkan faedah kewangan antaranya royalti, fi bagi permit penyelidikan dan penghasilan paten daripada pengkomersialan produk yang diperoleh daripada sumber biologi.

Sementara bagi faedah bukan kewangan pula termasuk perkongsian hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan melalui pertukaran penyelidikan dan penyelidikan kolaboratif serta peluang pekerjaan kepada masyarakat juga dapat dijana melalui penguatkuasaan akta ini.

Terdahulu, Shamsul Anuar mengumumkan penguatkuasaan akta tersebut bermula 18 Dis semasa merasmikan Webinar Access and Benefit Sharing (ABS) dan Pengetahuan Tradisi serta pelancaran Buku Panduan Pengguna ABS dan portal MyABS yang dibuat secara maya, hari ini.

BERNAMA

https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links